Sunday, December 5, 2010

DOA AWAL TAHUN

Doa awal tahun dibaca 3x selepas Maghrib pada malam 1 Muharam.

SEGALA PUJI HANYA BAGI ALLAH, TUHAN YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIR SEKALIAN ALAM. SELAWAT DAN SALAM KEATAS JUNJUNGAN KAMI NABI MUHAMMAD S.A.W SERTA AHLI KELUARGA BAGINDA DAN SAHABATNYA.

YA ALLAH, ENGKAULAH YANG KEKAL ABADI UNTUK SELAMA-LAMANYA. DEMI KELEBIHANMU YANG MAHA AGUNG DAN KEMURAHANMU YANG MELIMPAH, SESUNGGUHNYA PADA TAHUN INI AKU MEMOHON KEPADAMU PERLINDUNGAN DARIPADA SYAITAN YANG DIREJAM, DARI SEKALIAN KONCONYA, TENTERANYA DAN PENOLONGNYA.

AKU JUGA MEMOHON PERLINDUNGAN DARIPADA NAFSU AMARAH YANG SENTIASA MENDORONG KE ARAH KEJAHATAN DAN MELALAIKAN DENGAN PERKARA YANG TIDAK BERFAEDAH DARIPADA MENDEKATKAN DIRIKU KEPADAMU.

SELAWAT SERTA SALAM KEATAS JUNJUNGAN KAMI NABI MUHAMMAD S.A.W SERTA AHLI KELUARGA BAGINDA DAN SAHABAT. SEGALA PUJI HANYA BAGI ALLAH, TUHAN YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIR SEKALIAN ALAM.

AMIN....

DOA AKHIR TAHUN

Doa akhir tahun dibaca 3x pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

SEGALA PUJI HANYA BAGI ALLAH, TUHAN YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIR SEKALIAN ALAM. SELAWAT DAN SALAM KEATAS JUNJUNGAN KAMI NABI MUHAMMAD S.A.W SERTA AHLI KELUARGA BAGINDA DAN SAHABATNYA.

YA ALLAH, SESUNGGUHNYA PADA TAHUN INI AKU TELAH MELAKUKAN LARANGAN-MU, TETAPI AKU MASIH BELUM BERTAUBAT SEDANGKAN ENGKAU TIDAK REDA DAN MELUPAI PERKARA ITU. ENGKAU TELAH MENANGGUHKAN AZABMU YANG DITETAPKAN KEPADAKU.

ENGKAU TELAH MEMERINTAH SUPAYA AKU BERTAUBAT DARI KESALAHAN ITU. SESUNGGUHNYA PADA HARI INI AKU MEMOHON KEAMPUNAN DARI-MU, AMPUNILAH AKU DAN APA YANG TELAH AKU LAKUKAN PADA TAHUN INI YANG ENGKAU REDAI DAN ENGKAU JANJIKAN PAHALA MAKA AKU MEMOHONNYA DARIPADA ENGKAU. YA ALLAH, YA KARIM, YA ZALJALALI WAL IKRAM.

SELAWAT DAN SALAM KEATAS JUNJUNGAN KAMI NABI MUHAMMAD S.A.W SERTA AHLI KELUARGA BAGINDA DAN SAHABATNYA. SEGALA PUJI HANYA BAGI ALLAH, TUHAN YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIRKAN SEKALIAN ALAM.

AMIN....

Friday, September 4, 2009

Pakar IT ?

Aku ni terer jugak menaip, tapi bab komputer ni amat lah lembap.

Satu hari di pejabat, aku minta tolong Hasnah untuk buat borang tuntutan, dia tolong bukakan fail di komputer. Siap kerja, aku tanya Hasnah, "nak buat apa lak lepas ni?", Hasnah jawab , "lepas ni save kan...." save? macamana ni..... Hasnah dgn spontan menemplak aku " heh, mana sufyan? kau pergi panggil sufyan suruh save kan". Untuk pengetahuan, sufyan adalah anak sulong aku yang mengalami masalah spastik. walau pun dia kurang upaya tetapi pandai guna komputer.

Di rumah bila anak-anak tinggalkan komputer "on" selepas digunakan, aku terus tutup suis. Orang rumah aku berleter panjang, katanya nanti rosak. si Haleeda yang masa tu belum pun 4 tahun jadi penyelamat aku, mengajar cara nak shutdown.. hahaha... demikianlah cerita seorang pakar IT?

Monday, August 31, 2009

sahaja aku puasa...

Bulan puasa ni aku teringat kisah tahun 1986, semasa tinggal dirumah bujang. Dalam rumah tu ada 4 orang: aku, Isa, Man& Hafiz. Kebiasaannya orang kita ni bab puasa terlalu jaga. Kesemua kami puasa. Setiap pagi, kami keluar rumah, petang baru balik. Nak dijadikan cerita, suatu hari aku dan Isa balik ke rumah kerana tertinggal barang, bila aku buka pintu, Hafiz dan Man tengah makan mee segera.

Berikut adalah dialog perbualan antara kami.
Man : Pi, gua minta maaf dengan lu orang semua, gua memang tak tahan puasa. Pasal gua malu
dgn lu, gua cuba jugak puasa. Ini hari gua dah tak tahan sangat.
Aku : Habis selama ni lu puasa, lu niat macamana?
Man : Arab gua tak tau pi...
Aku : Habis yang melayu macamana?
Man : Sahaja aku puasa esok hari bulan ramadan kerana Allah Taala.
Aku : eh, hujung tu salah Man....
Man : (dengan paniknya) habis macamana?
Aku : gini Man, sahaja aku puasa esok hari dalam bulan ramadan kerana aku malu dengan sopi
& Isa
Man yang tadinya panik ketawa terbahak2.

Thursday, May 28, 2009

PAKAR MASBUQ

Aku nak cerita tentang sorang jemaah masjid kat kampung aku ni.... dah berbuih jemaah lain menegur pasal dia ni... sampai ustaz yang berceramah di masjid pun dah kiaskan dalam kuliah.. nampaknya macam tak berkesan. Aku pernah juga bertanya pada jemaah lain tentang tabiat dia ni.. masing-masing dah faham benar, dah tak kisah dah.. jawapan yang aku selalu dapat " engkau cubalah cakap kat dia pulak!" Orang lain dah tak kisah, tapi mata aku sakit.. sebab kadang-kadang dia solat sebelah aku!
Cerita dia gini... dia ni jemaah masjid yang paling regular. Datang masjid awal, berbual-bual dulu, orang dah azan baru nak ambil wuduk. Dah ready dengan wuduk tiba-tiba gi bilik air. Aku perhatikan dia ni, masa bilal qamat, dia relax lagi.. belum masuk saf, kadang-kadang belum ambil wuduk pun. Imam dah angkat takbir pun relax lagi... tapi bila Imam dah nak habis baca surah kedua, barulah dia masuk saf dalam keadaan tergesa-gesa. Dia ni memang cekap, walau pun masuk dah hujung-hujung surah, belum pernah terlepas sampai Imam bangun dari rukuk untuk Iqtidal, sampai dapat gelaran PAKAR MASBUQ.
Pernah kawanku Mamat cuba join sekali, sengaja nak bagi kiasan kat dia tentang tabiat dia selama ni, tapi dia batalkan sembahyang dan masuk rakaat kedua.. mungkin dia rasa orang mempersendakan dia...
Tiba giliran aku menyahut cabaran! Suatu hari aku berbual dengan dia.. " Lee.. lee.. , aku dah lama perhatikan kau ni, aku tak berani nak ngata perbuatan kau ni betul ke salah.... pasal kau dah lama buat kerja ni..Tapi aku nak beritahu kau... kalau kau rasa benda yang kau buat ni betul... kau kena beritahu pada jemaah ni semua.... mungkin kau dah jumpa ayat yang menyatakan APABILA IMAM SEDANG SEMBAHYANG, MAKA BERLEGAR-LEGARLAH KAMU DIBELAKANG (SAF)... DAN APABILA IMAM HENDAK RUKUK, MAKA BERSEGERALAH KAMU RUKUK.. aku perhatikan si Lee macam nak ketawa, sebenarnya aku pun sama tapi aku kena control. aku sambung lagi.. Lee, kalau kau tak beritau, kau akan tanggung dosa! (sebab tidak menyebarkan surah yang kau jumpa). Dia tak kata apa-apa, diam aje.
Dalam kepala aku terbayang... kalaulah betul Lee dah jumpa surah tu.. Masa mula sembahyang , Imam sorang aje, tapi bila nak rukuk... penuh jemaah kat belakang. Takut Imam terperanjat.. ni orang ke Jin.. ada Imam cabut lari...
Walaupun dah 20 tahun berlalu, Lee masih macam tu.. kadang-kadang dia solat sebelah aku. Mudah-mudahan Allah Taala beri dia petunjuk dan hidayah.. Amin....